Koleksi Jubah Dubai

Assalammualaikum,
Ahlan Wa Sahlan..

Busana Seri Ratu mempersembahkan Koleksi Jubah Dubai, yang direka khas mengikut citarasa wanita tempatan. Material yang digunakan adalah tidak panas dan selesa dipakai, untuk ke pejabat, atau bersantai. Rekaannya moden tapi tetap berlandaskan kehendak hukum syarak.

Bagi penggemar jubah, anda pasti rambang mata melihat koleksi Jubah Dubai ini. Jadual ukuran baju ada disediakan untuk rujukan. Saya sendiri merupakan penggemar Jubah Dubai ini dan mempunyai pelbagai koleksi peribadi Jubah Dubai Seri Ratu. Pendapat peribadi saya, jubah ini tidak panas dan selesa dipakai, penjagaan yang mudah, nak iron pun mudah. Tapi yang penting, ia menepati hukum syarak.

Dari segi saiz, saya berketinggian 163cm, berat lebih kurang 58kg, selesa mengenakan jubah bersaiz L, tidak terlalu besar dan terletak pemakaiannya. Bagi yang bertubuh agak rendah, jubah ini fleksible, panjang jubah ini boleh diubah dengan menjahit bahagian bawah yang disediakan, di mana ianya mmg tidak bersulam untuk sebarangan pengubahsuaian.

Oleh itu, saya rasa sangat gembira berkongsi keindahan jubah ini bersama semua.. pilih satu (lebih pun boleh) jangan tak pilih ;)

P/S: Sekiranya anda berada di Melaka, dan ingin melihat koleksi jubah ini dan banyak lagi jubah lain dengan lebih dekat, hubungi Busana Seri Ratu di nombor 016 681 3797 untuk maklumat lanjut. Untuk makluman semua, selain pakaian, fabrik dan tekstil, Busana Seri Ratu turut menawarkan pelbagai aksesori dan kerlipan batu permata dari kualiti yang tertinggi sehinggalah pada harga yang amat mampu milik.

Wasalam..

Seri Ratu

0 comments: